Saturday, November 22, 2008

Kehidupan semakin mencabar

Sudah agak lama rasanya aku tidak mengupdate blog aku ini. Hari ini aku rasakan betapa kehidupanku semakin mencabar disebabkan banyak perkara. Dari aspek dalaman mahupun luaran. Keperluan-keperluan keluarga yang semakin meningkat ekoran anak-anak yang semakin membesar dan dewasa. Anak sulungku sekarang sedang mengambil peperiksaan SPM. Tahun depan anak kedua dan seterusnya. Bagaimanapun aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk melalui pengalaman-pengalaman ini.

Cabaran yang paling ditakuti ialah betapa banyaknya dosa yang rasanya telah dilakukan. Aku benar-benar mengharapkan keampunan dari Allah Taala di atas sebarang kesalahan dan kekhilafan yang disebabkan hawa nafsuku. Sememangnya aku manusia yang sangat lemah. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku....Amin.

No comments: