Saturday, November 22, 2008

Kehidupan semakin mencabar

Sudah agak lama rasanya aku tidak mengupdate blog aku ini. Hari ini aku rasakan betapa kehidupanku semakin mencabar disebabkan banyak perkara. Dari aspek dalaman mahupun luaran. Keperluan-keperluan keluarga yang semakin meningkat ekoran anak-anak yang semakin membesar dan dewasa. Anak sulungku sekarang sedang mengambil peperiksaan SPM. Tahun depan anak kedua dan seterusnya. Bagaimanapun aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk melalui pengalaman-pengalaman ini.

Cabaran yang paling ditakuti ialah betapa banyaknya dosa yang rasanya telah dilakukan. Aku benar-benar mengharapkan keampunan dari Allah Taala di atas sebarang kesalahan dan kekhilafan yang disebabkan hawa nafsuku. Sememangnya aku manusia yang sangat lemah. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku....Amin.

Sunday, May 18, 2008

Selamat Hari Guru 2008

Dengan ringkasnya di sini saya serta isteri ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2008 kepada diri kami sendiri serta rakan-rakan setugas dan seluruh negara khususnya yang mengenali kami. Terima kasih.

Thursday, May 1, 2008

Selamat Hari Pekerja 2008

Assalamualaikum wbt.. dan selamat sejahtera...
Sudah agak lama aku tidak menitiskan beberapa perkataan atau ayat di blog aku ni..... akupun tak tau sebab yang spesifik. Macamanapun dalam kesempatan yang ada ini, aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Pekerja" kepada semua para pekerja yang berada di Malaysia khususnya. Semoga ganjaran yang anda perolehi sentiasa mencukupi dan diberkati Allah Taala. Amin.