Sunday, October 14, 2007

Selamat Hari Raya Maaf Dzahir Bathin


Sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri ini, saya dan isteri serta anak-anak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf dzahir bathin kepada semua sanak saudara khususnya dan sahabat handai umumnya. Semoga perhubungan persaudaraan dan persahabatan akan terus berkekalan dalam semangat roh Islam. Seterusnya mendapat MardhatilLah. Amin.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Thursday, October 4, 2007

Selamat Hari Raya

Ramadhan al-Mubarak kian hampir meninggalkan kita. Adakah kita boleh berjumpa lagi di tahun hadapan. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Namun hidup mesti diteruskan. Bulan Syawal pula yang kian menjelma. Sempena itu, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya serta maaf dzahir bathin kepada seluruh sanak saudara serta sahabat handai yang mengenali dan dikenali.

Mudah-mudahan ibadah puasa kita akan diterima oleh Allah Taala.