Sunday, October 14, 2007

Selamat Hari Raya Maaf Dzahir Bathin


Sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri ini, saya dan isteri serta anak-anak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan maaf dzahir bathin kepada semua sanak saudara khususnya dan sahabat handai umumnya. Semoga perhubungan persaudaraan dan persahabatan akan terus berkekalan dalam semangat roh Islam. Seterusnya mendapat MardhatilLah. Amin.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Thursday, October 4, 2007

Selamat Hari Raya

Ramadhan al-Mubarak kian hampir meninggalkan kita. Adakah kita boleh berjumpa lagi di tahun hadapan. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Namun hidup mesti diteruskan. Bulan Syawal pula yang kian menjelma. Sempena itu, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya serta maaf dzahir bathin kepada seluruh sanak saudara serta sahabat handai yang mengenali dan dikenali.

Mudah-mudahan ibadah puasa kita akan diterima oleh Allah Taala.

Friday, September 14, 2007

Selamat Berpuasa....

Sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Melaksanakan Ibadah Berpuasa kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya. Mudah-mudahan kita semua akan dapat melaksanakan ibadah puasa ini dengan sempurna seterusnya diterima oleh Allah Taala. Amin.

Tuesday, September 11, 2007

Salam Perkenalan....


Dengan sukacitanya diperkenalkan ahli keluarga saya :

Salam Kesyukuran


Assalamualaikum wbt...

Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan lafaz ucapan dari lubuk hatiku ke hadrat Mu ya Allah. Segala limpah dan inayah yang Kau berikan dapatku bernafas lagi di alam ciptaanMu yang sementara ini.

Diharapkan segala sisa-sisa kehidupanku beroleh rahmat dan petunjukMu. Justeru itu, aku mengharapkan berikan segala petunjukMu kepadaku sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Allahu Akbar. Amin.